Sori salah tajuk...tajuk sebenar macam  kat bawah nie..hee('',)
Petua Untuk Anak Dara
Dalam  masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk  perawan  (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik,   menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang   boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah   mempunyai anak.
Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai  pengalaman dan tulisan.
1.  Bangkit Bersambut
Apabila  mahu tidur malam, duduk berlunjur  dan rebahkan badan ketilam tanpa  menongkatkan badan dengan tangan.  Apabila mahu bangkit dan tidur,  lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa  menongkatkan badan dengan tangan.  Cecah ibu jari kaki dengan kedua  tangan.
2. Wajah Suci
Apabila   bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan   sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat.   Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang   pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah   mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan   segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila   mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip  ke  atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan  segar,  tidak mudah jatuh.
4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan  makanan yang  segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran  yang wangi  sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga  akan menjadi  wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang  lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot  penahan kencing,  seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air  kecil, kemutkan  berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur  seolah-olah mahu  menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga.  Jika boleh jadikan ia  amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak   memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air   asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan   dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan   adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan   mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit   kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini   baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah   berkahwin nanti.
8.  Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di  atas lantai sama ada  di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai  akan mengendurkan  payudara anda.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan