Selasa, 11 Oktober 2011

mandi bunga utk dpt jodoh....

Mandi bunga khurafat

Saya sering dilanda malang yang turut membabitkan orang lain. Jika saya keluar dengan keluarga atau kawan, sering berlaku perkara tidak diingini. Yang peliknya jika mereka pergi tanpa saya, tiada berlaku masalah.

Kawan menganggap saya membawa malang. Ada yang menyuruh saya mandi bunga atau menjalani perubatan tradisional untuk membuang sial.

Ini membuatkan saya lebih suka menyendiri di rumah dan tidak lagi keluar bersama mereka supaya tidak berlaku kejadian buruk.

Soalnya, apakah definisi sial atau malang dalam Islam?
Adakah ia benar-benar wujud dan bolehkah saya menjalani rawatan tradisional (serta mandi bunga) untuk membuang sial itu? Apa perlu saya lakukan?
Jawapan :

Tiada istilah orang malang atau orang suci dalam Islam. Kepercayaan ini sebahagian daripada kurafat yang dibanteras Nabi sejak zaman jahiliah. Jika berlaku satu-satu keburukan dengan kehadiran saudara, ia secara kebetulan.

Tuhan tidak zalim untuk meletakkan malang dan sial pada seseorang. Cuba amalkan membaca doa keluar rumah yang diajar Nabi, di mana dalam doa ini meminta Tuhan melindungi kita daripada dizalimi atau menzalimi, memperbodohkan atau diperbodohkan.

Jika doa ini diamalkan, insya-Allah tiada malang berlaku. Tiada syariat dalam agama menyuruh amalan mandi bunga, Cuma bunga ada khasiat tersendiri, oleh itu jika mahu mandi bunga kerana khasiat bunga itu tidak menjadi kesalahan, tetapi jika mandi bunga dengan niat menghilangkan sial atau malang, ia satu kurafat.