Rabu, 20 Julai 2011

bang guna minyak lintah ler...!!!1


Percaya mitos minyak lintah

SATU ketika dulu minyak ular amat popular di Amerika Syarikat (AS) untuk tujuan menguat dan membesarkan zakar, dan ia menyebabkan ular hampir pupus. Kini, khasiat minyak ular ini menjadi bahan cerita lawak apabila orang Amerika jumpa minyak yang dijual untuk tujuan sama.

Saya pernah juga dengar beberapa pelancong dari Indonesia yang geli hati dengan orang kita yang mudah percaya dengan minyak lintah yang kononnya dapat membesarkan zakar memandangkan tiada kaitan lintah dengan saiz anggota sulit.

Hanya yang nyata ialah lintah yang kecut itu menjadi besar dan panjang apabila sedut darah manusia. Ya, lintah menyedut darah dan darah itu mengalir dengan senang akibat kandungan hirudin dalam salur air liur lintah.

Lintah digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kebengkakan dan air liurnya diproses sebagai ubat heparin untuk mencairkan darah beku. Ia tiada apa-apa kandungan yang lain untuk tujuan membesarkan zakar.

Bagaimana pengusaha yang bijaksana itu dapat kaitkan minyak lintah dengan pembesaran zakar saya tidak tahu, tapi kata orang asalkan poket penuh, teruskan saja kerana sikat pun boleh dijual kepada orang botak!

Kini, dalam pasaran ada pelbagai minyak dan krim untuk tujuan pemantapan alat sulit. Kebanyakan produk itu dapat kelulusan pihak berkuasa. Namun itu tidak bermakna produk itu dapat pengesahan.

Sama ada produk itu benar-benar berkesan atau sebaliknya, itu isu lain pula. Jika anda layari laman web Kementerian Kesihatan (KKM), Unit Kawalan Perubatan, anda akan dapat melihat senarai produk perubatan yang diharamkan penjualannya. Namun produk itu masih dijual di pasaran.

Jika tiada orang beritahu, pegawai penguatkuasa perubatan KKM pun tidak tahu. Saya tidak pasti produk minyak lintah ini, jika sesiapa yang mendapati ada kesan sampingan atau risalah tidak benar tanpa kelulusan KKM, anda boleh buat laporan pada KKM dan tindakan sewajar akan dibuat oleh pihak itu.

Bercerita mengenai produk kesihatan anggota kelamin, dua produk kesihatan anggota kelamin yang dikaji didapati memberi kebaikan kepada pengguna. Krim yang dimaksudkan itu ialah krim perapi anggota kelamin lelaki yang dikenali sebagai Virile cream untuk lelaki dan O'Must cream untuk wanita.

Kedua-dua krim ini sudah diuji kaji dan didapati berkesan untuk kesegaran alat kelamin. Kajian kosmetik dan dermatologi mendapati krim ini tiada kesan alahan kepada kulit dan selamat digunakan. Kedua-dua krim ini berdaftar dengan FDA (Amerika Syarikat).

Saya terbabit dengan kajian krim itu dan berpendapat semua produk tradisional perlu diuji kaji supaya ia dipastikan benar-benar selamat digunakan. Produk yang karut, minyak lintah itu hanya memalukan, sedangkan Malaysia mampu menghasilkan banyak produk bertaraf antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan