Cecair  faraj merupakan perkataan yang pelik? Ye ke? Cecair faraj bermaksud  cecair ataupun mukus yang keluar daripada faraj seorang wanita.  Seseorang wanita boleh melihat bahkan merasakannya pada seluar dalamnya.
Pada  6 bulan hingga setahun sebelum seseorang gadis mengalami haid yang  pertama, tubuh badannya mula menghasilkan cecair ini. Ianya normal dan  ianya berlaku kerana perubahan hormon dalam tubuh wanita. Cecair faraj  ini membantu untuk mengekalkan kesihatan faraj. Seseorang wanita akan  terus mengalami lelehan cecair faraj ini sehingga mereka mendapat haid.  Wanita juga mendapat cecair ini sehingga menopause, iaitu tubuh mereka  tidak lagi mampu untuk menghasilkannya.
Cecair faraj yang normal  berbeza beza. Ia mungkin cair dan sedikit melekit hingga kepada yang  pekat dan melengket. Ia mungkin juga jernih hingga ada juga yang putih  warnanya. Jumlah lelehan cecair faraj ini juga berbeza bergantung kepada  kitaran haid seseorang. Contohnya, cecair ini akan dihasilkan lebih  banyak ketika berlakuknya proses ovulasi (iaitu ketika ovum dikeluarkan  oleh ovari dan bergerak ke tiub faloppio).
Cecair faraj yang normal  mempunyai bau yang sedikit dan tidak akan menyebabkan gatal atau  melecet. Masalah seperti gatal, bau yang busuk, perubahan warna (coklat,  hijau atau kelabu) menandakan seseorang wanita mungkin mengalami  jangkitan dan rawatan harus dilakukan segera.
Untuk cecair faraj yang  normal, seseorang wanita boleh memakai patiliner jika ianya  membuatkannya beraa selesa. Kadangkala kelembapan yang disebabkan oleh  cecair faraj ini boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Anda boleh  mengelakkan kerengsaan kulit dalam faraj anda, khususnya ketka ianya  panas dan lembab di luarnya dengan memakai seluar dalam yang diperbuat  daripada kapas and mengelakkan pakaian yang ketat seperti seluar jeans  dan pantyhose yang menyebabkan kulit anda tidak boleh bernafas.
Adalah mustahak untuk mengekalkan tubuh badan anda bersih dengan mandian biasa. Kebersihan adalah kunci utamanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan