yg kita tahu tapi buat-buat tak tahu....

Pagi semalam saya  dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah  Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara  memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi  salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para  sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam  warahmatulallahhi wabarakatuh" 
Ringkasnya, baginda SAW akan  ;Beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum"
dan...Jawab salam -  "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"
Lagi satu, perlu  diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab  salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul  ialah ;
"WAALAI KUMUS SALAM"dan bukannya yang selalu saya dengar  iaitu ;
"WAALAI KUM SALAM"
Apabila kita ingin berkirim  salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam,  assalamualaikum pada ASHREE ye" contoh lerr...
Dan bukannya : "Kirim  salam kat ASHREE yer"
Dan jangan pula memandai-mandai tambah  perkataan seperti " Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".
Statement  ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan  berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita  menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau  apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan "Assalamualaikum"  itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang  membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".
Sesama lah kita  memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform "A'kum"  dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk  orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud  'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan  'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN  ORANG-ORANG SESAT'.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar  shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah  dari perkataan "Assalamualaikum".
Jangan guna "Bye" kerana"Bye"  adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "Di Bawah Naungan  Pope."Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud "Binatang" dalam  bahasa Yahudi.Jangan guna "Semekom" kerana"Semekom"bermaksud "Celaka  Kamu."Gunakan perkataan" As Salam" sebagai singkatan  bagi"Assalammualaikum." Tolong forward kepada umat Islam yang lain ,  untuk elakkan diri daripada membuat dosa.. 
Sekian, semoga ada  manfaatnya 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan