create your own banner at mybannermaker.com!

Selasa, 7 Jun 2011

hari susu ibu...oopss susu sedunia lah...

Setiap tahun kita menyambut Hari Susu Sedunia pada 1 haribulan Jun. Rasanya ramai yang tidak tahu. Sempena Hari Susu Sedunia hari ini, saya ingin bercerita tentang mitos berkenaan susu.

Mitos Mengenai Susu
1. Minum susu boleh menyebabkan penambahan berat badan.
Fakta: Kenaikan berat badan berlaku apabila seseorang mengambil lebihan kalori yang tidak dibakar sebagai tenaga. Kajian menunjukkan pengambilan susu rendah lemak boleh membantu penurunan berat badan. Kajian juga menyokong pengambilan kalsium membantu dalam penurunan peratusan lemak.
2. Mereka dengan laktosa intoleransi yang tinggi patut elak susu.
Fakta: Laktosa intoleransi bukan bermakna alergi dengan susu. Ia adalah ketidakmampuan untuk mencerna gula laktosa. Pilih susu tanpa laktosa atau yogurt untuk menggantikannya.

3. Mengambil produk tenusu meningkatkan risiko sakit jantung.
Fakta: Makanan tinggi lemak tepu berkemungkinan akan menyebabkan sakit jantung bukannya produk tenusu. Lemak tepu daripada mentega idak seteruk daripada lemak trans terhidrogenasi seperti marjerin dan lain-lain.
4. Jika mengambil suplemen kalsium tidak perlu susu.
Fakta: Susu tidak hanya memberi sumber kalsium yang baik bahkan memberikan gizi yang berkualiti seperti protein, viamin A, D, B12, riboflavin, zink, potassium dan magnesium. Pengambilan produk seperti yogurt pula sangat penting untuk pencernaaan kerana berfungsi sebagai pembawa organisma probiotik dan pediatri.
5. Produk tenusu menyebabkan kenaikan jerawat.
Fakta: Tidak ada kajian yang menyokong dakwaan itu malahan produk tenusu mengandungi vitamin A dan D yang penting untuk kesihatan kulit. Susu merupakan sumber vitamin A dan D dalam makanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan