create your own banner at mybannermaker.com!

Isnin, 6 Jun 2011

betul ke zakar akan pendek???

‘Adakah latihan bebanan membuatkan zakar saya menjadi pendek?’
‘Adakah mengangkat bebanan membuat penis saya kecil?’
Topik hari ini mungkin agak lucah bunyinya (18sx) tetapi sesuatu yang kita perlu tahu. Saya sering menerima soalan lebih kurang begitu bunyinya daripada lelaki, malahan ada perempuan (isteri) yang risau lelakinya kurang hebat ketika di ranjang disebabkan latihan bebanan.

Kebenarannya tentang zakar adalah, saiz apa yang anda ada, itulah saiz anda tanpa mengambil kira pengambilan pil untuk membesarkan, pam, pembedahan atau teknik-teknik lain untuk mengubahnya.
Apa akan jadi jika seorang yang menurunkan berat badan, menurunkan lemak badan dengan mengambil diet yang sihat serta senaman yang baik, apakah pengaruhnya terhadap anda dan organ kecil anda?

Kesan Pada Zakar dan Lemak Sekitarnya
Kehilangan berat badan tidak mengubah saiz zakar membuatnya lebih kecil atau lebih besar tetapi bagi lelaki yang gemuk terdapat lemak berkumpul di sekitar zakar mereka. Semakin gemok seseorang, semakin besar jumlah lemak di sekitar zakar anda. Jadi apabila menurunkan berat badan, anda akan mengurangkan saiz lemak di sekitar zakar anda. Ia kelihatan lebih besar disebabkan pengurangan lemak. Saiznya sama cuma selama ini terselindung disebabkan lemak. Jadi bagi mereka yang gemuk, berusahalah untuk menurunkan lemak tersebut. Ada kemungkinan perbezaan sekitar 1 inci untuk setiap kehilangan 30 hingga 50 lbs lemak yang hilang.

Peningkatan Tenaga untuk Prestasi Seksual
Mengapa anda harus bersenam, mengangkat bebanan, melakukan aktiviti kardio? Walaupun ianya tidak meningkatkan saiz zakar anda tetapi ia meningkatkan kemampuan anda untuk aktiviti seksual anda. Mereka yang berseam mempunyai lebih banyak tenaga yang membantu dari segi prestasi dan tempoh tanpa penggunaan ubat-ubatan seperti viagra, camagra dan lain-lain yang sejenis dengannya.

Aktiviti kardio meningkatkan pengaliran darah ke seluruh badan. Jantung dan paru-paru membina kapasiti yang lebih tinggi untuk aktiviti berat dan meningkatkan kemampuan mereka yang membawa darah. Seperti yang diketahui, kekuatan zakar bergantung pada aliran darah. Zakar tidak mempunyai tulang. Kekerasannya bergantung pada aliran darah. Bayangkan jika aliran darah terhad? Salah satu rahsia kebahagian rumah tangga bergantung pada aktiviti seksual juga.

Pengambilan Steroid
Bagaimana pula dengan mereka yang mengambil dadah sukan jenis testosteron sintentik? Seperti yang diketahui semua, lelaki normal memiliki kilang sendiri iaitu testis atau dalam bahasa pasarnya telur untuk menghasilkan testosteron. Pengambilan testosteron sintetik akan menyebabkan badan mula berfikir yang badan memiliki testosteron secara berlebihan. Jadi secara tidak langsung, kilang penghasilan atau testis akan mula tutup dan menghentikan pengeluaran. Disebabkan itu testis kelihatan kecil. Kesan ini kesan sementara. Jika berhenti mengambil testosteron daripada luar, testis akan kembali bekerja. Disebabkan itu ada ahli bina badan yang mungkin nampak kecil sedikit di bahagian zakar, lebih-lebih lagi ketika pertandingan. Penonton yang tidak memahami mula menyebarkan cerita bahawa main gym boleh menyebabkan zakar mengecil. Bagaimana pula dengan pengambilan berlebihan? Masih banyak kajian dilakukan disebabkan ada kes yang testisnya tidak berfungsi seperti biasa selepas berhenti mengambil steroid tetapi masih tiada keputusan rasmi kajian. Kajian tentang mandul dan mati pucuk juga masih dijalankan.
Add caption

Perbandingan
Terdapat juga mereka yang membandingkan seorang yang berkaki kecil dan berkaki besar dengan saiz zakar. Katakan dua orang yang berasal dari tempat sama dengan saiz zakar yang sama tetapi seorang memiliki otot kaki yang kecil dan seorang lagi besar. Secara relatifnya, sudah pasti yang berkaki kecil akan nampak lebih besar dan yang berkaki besar akan nampak lebih kecil sedangkan saiz zakarnya sama. Mereka yang melihat dan membuat perbandingan begini mula menyebarkan cerita. Ini antara cara tersebarnya cerita mereka yang bermain gym memiliki zakar yang kecil. Semua itu mitos semata-mata. Jangan takut untuk membuat latihan bebanan. Latihan bebanan mempunyai banyak kesan positif.
Berkaki besar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan