create your own banner at mybannermaker.com!

Selasa, 7 Jun 2011

baru kahwinnnnn...

kisah Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan.

Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya
berkata, "Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak
pastikanlagi sebab kita kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak
memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya
benar-benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.
Pegawai TNB tu pun berkata: "Ini rumah En. Ahmad ker?" "Ya, saya ni
isterinya. Ada apa encik?"
Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh
tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

"Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat?!"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab: "Ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "Apa!!! Saya
lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu!"
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari
situ.
Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu oleh isterinya. Dia pun
naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata, "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah
lewat sebulan kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman kerr?
Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Ahmad lagi
naik berang.
"Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya....... ......... ......... "
Si Ahmad mencelah "apa? potong?! Abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apa?"
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanya isteri encik kena pakai LILIN ajer lerrr...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan