‘Saya takut nak bersenam kerana takut tetek saya mengecil’
Begitu antara keluahan dan persoalan yang kerap saya dengar daripada perempuan. Adakah senaman akan membuatkan saiz payudara menjadi kecil? Jawapan saya Ya dan Tidak. Pertama sekali perlu diketahui bahawa payudara terdiri daripada tisu lemak dan dibahagian dada juga ada otot dada atau pectoralis.
Latihan bebanan yang betul dengan diet yang cantik akan memberikan kesan pembentukan kepada seluruh badan dengan pengurangan lemak. Jadi jika lemak mula mengurang, terdapat juga lemak tidak perlu di bahagian payudara dan sekitarnya yang turun dan membentuk bentuk payudara yang sepatutnya anda kelihatan. Dalam masa sama, otot dada meningkat dan menampakkan saiz payudara lebih besar.
Kes yang berbeza untuk perempuan-perempuan yang bertanding untuk bina badan, miss fitness dan sebagainya yang memerlukan mereka untuk merendahkan lemak badan serendah yang boleh. Perempuan biasa 18% peratus lemak dah masuk kategori yang baik. Jika rendah daripada 12%, saiz payudara akan mengecut. Jika ingin membesarkannya kembali, samada tambahkan kembali lemak atau pembedahan memasukkan implan silicon. Kebanyakan perempuan yang bertanding pertandingan-pertandingan begini, biasanya akan buat pembedahan supaya nampak besar.
Adakah Senaman Boleh Besarkan Saiz Payudara?
Seperti yang saya beritahu di atas, bila berlaku penambahan otot dada, payudara boleh kelihatan lebih besar dan memiliki bentuk yang lebih baik. Antara senaman yang boleh dilakukan, boleh rujuk di data latihan untuk senaman dada. Lakukan dengan ulangan 8 hingga 12 kali untuk kesan hipertrofi.
Senaman bahagian dada untuk perempuan juga ada 1 kebaikan yang rasanya semua hendak. Bila perempuan berkahwin, memiliki anak atau dengan peningkatan usia, keadaan payudara akan kelihatan jatuh. Senaman-senaman seperti cablecross, dumbbell pullover, dip akan bantu menegangkannya kembali untuk kelihatan seperti anak dara. Dengan membina dan menguatkan otot serratus akan menyokong payudara naik kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan